Hye . Welcome to my blog . Hope you enjoy reading it and do Follow . Thank You ♥

Saturday, October 20, 2012

sejarah paper 3


Huraikan sejarah berlakunya Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian di Eropah dan menghubungkaitkannya dengan kegemilangan Negara kita pada hari ini.

1. PENGENALAN
- Revolusi bermaksud suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh dari segi politik, social atau ekonomi
- terdapat dua jenis revolusi di Eropah, Revolusi pertanian dan Revolusi Perindustrian
- Contoh Revolusi:
                - Revolusi politik apabila satu kebangkitan menukarkan system pemerintahan
                - system colonial kepada pemerintahan peribumi
- Revolusi boleh berlaku dalam jangkamasa yang lama dan secara berterusan
- Revolusi tidak boleh berlaku secara mendadak
- Revolusi pertanian berlaku akibat pengeluaran makanan secara besar- besaran
- Revolusi pertanian berperanan menyediakan asas bagi Revolusi perindustrian

2.i) REVOLUSI PERTANIAN
a) Faktor – faktor
-           Perubahan dalam system penggunaan tanah
-           Perubahan dalam system pemilikan tanah
-           Penggunaan kaedah atau teknik saintifik dalam pertanian
-           Penanaman efisien
-           Penggunaan peralatan baharu
-           Penggunaan baja
-           Kaedah pemasaran produk pertanian
-           Penanaman secara besar – besaran
-           Tuan tanah memanfaatkan tanah awam
-           System penanaman secara lading
-           Kegiatan pertanian bagi memaksimumkan keuntungan
b) Teknologi
-           Kaedah penanaman secara bergilir
-           Tanah digunakan secara berterusan
-           Menanam jenis tanaman berbeza mengikut musim
-           Memperkenalkan tanaman baru seperti turnip dan kentang
-           Penciptaan alat menggali
-           Penciptaan alat menugal
-           System penanaman biji benih secara serentak
-           Merevolusikan cara penanaman
-           Penggunaan baja asli secara meluas
-           Kaedah pemasaran produk pertanian
c) Kesan
-           Pertanian menjadi punca ekonomi Negara
-           Penanaman bijirin seperti gandum dan jagung menjadi kegiatan utama
-           Lebihan produk dieksport
-           Revolusi pertanian menyediakan makanan yang mencukupi
-           Peladang besar menjadi pedagang antarabangsa
-           Keuntungan dapat dimaksimumkan
-           Tercetusnya revolusi perindustrian
-           Kegiatan pembuatan menggantikan pertanian
-           Ramai rakyat menjadi buruh industry
-           Kedudukan tuan tanah diambil oleh pemilik kilang

2.ii) REVOLUSI PERINDUSTRIAN
a) Peralihan indusri desa kepada perkilangan
-           Industry desa menggunakan tenaga manusia
-           Ciptaan baru mengubah kepada perkilangan
-           Penciptaan mesin dapat mengeluarkan barangan secara berterusan
-           Lebihan produk telah diperdagangkan secara komersial
-           Skala pengeluaran bertambah besar
b) Teknologi
-           Penggunaan mesin berkuasa wap
-           Barangan dikeluarkan secara besar – besaran
-           Aktiviti pengeluaran dan perdagangan dipertingkatkan
-           Mesin direka melalui kajian dan kreativiti
-           Mesin ciptaan John Newcomen
-           Perkembangan system pengangkutan
-           Penciptaan keretapi dan kapal laut
-           Enjin berkuasa waprekaan James Watt
-           Flying shuttle rekaan John Kay untuk kerja menenun kain
-           Mesin pemintal seperti Spinning Jenny / Water Frame
c) Kesan
-           Lebihan produk perindustrian diperdagangkan
-           Britain menjadi pengendali perdagangan antarabangsa
-           Britain menjadi Negara penjajah utama
-           Britain menjadi kuasa maritim yang ulung
-           Britain memerlukan bahan mentah yang banyak
-           System pengangkutan dipertingkatkan
-           Britain mengeksport modal ke seberang laut
-           Pembinaan jalanraya
-           Penciptaan keretapi
-           Muncul golongan buruh dan majikan
-           Pengenalan system perkilangan

3. SUMBANGAN REVOLUSI PERTANIAN TERHADAP PERKEMBANGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN
-           Penyediaan modal oleh peladang kain
-           Melabur lebihan modal dalam perindustrian
-           Perubahan sikap peladang yang sanggup mengambil risiko
-           Penyediaan bahan makanan untuk menampung keperluan pekerja mencukupi
-           Britain tidak mengimport bahan makanan dari luar
-           Dana dilaburkan dalam sector industry
-           Dana membantu pertumbuhan dan perkembangan industry
-           Rekaan dalam bidang sains dan teknologi
-           Semangat dan kegiatan keusahawanan
-           Semangat inovatif dan kreativiti peladang

4. SUMBER BAHAN MENTAH/YANG ADA DIMANFAATKAN
-           Pembukaan tanah – tanah baru untuk pertanian
-           Penubuhan FELDA
-           Penyatuan tanah – tanah untuk pertanian di bawah FELCRA
-           Program buku merah untuk menilai keberkesanan projek pertanian
-           Menubuhkan pusat penyelidikan pertanian
-           Penubuhan MARDI
-           Program in-situ iaitu membangunkan  kawasan pertanian sedia ada
-           Penubuhan FAMA
-           Program pembangunan lima tahun dijalankan untuk memajukan Negara
-           Penubuhan Lembaga Industri Berat Negara (MIDA) untuk menyelaras industry Negara
-           Menyediakan kawasan zon bebas perdagangan di Senawang dan Sungai Way
-           Pengurangan cukai untuk menarik pelabur asing
-           Dasar ekonomi baru dilancarkan untuk membangun Negara
-           PETRONAS ditubuhkan untuk usaha cari gali minyak
-           Menyediakan tenaga buruh mahir untuk keperluan industry
-           Penggunaan teknologi moden
-           Penambahbaikan infrastruktur
-           Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
-           Menjadikan Malaysia kawasan aman, bebas dan berkecuali
-           Menyediakan jalinan pengangkutan dan perhubungan

5. KEJAYAAN NEGARA
-           Kemajuan ekonomi
-           Kegiatan perindustrian berkembang
-           Pemodenan pertanian
-           Kegiatan maritim berkembang
-           Perkembangan teknologi moden
-           Pelaksanaan K-Ekonomi
-           Menjadi tumpuan pelancong asing
-           Hubungan antarabangsa berkembang
-           Pusat kewangan pesisir pantai
-           Kemajuan system pengangkutan
-           Kemajuan system komunikasi
-           (mana – mana yang munasabah (heh…heh..heh…))

6.i) CABARAN
-           Tekanan daripada Negara maju
-           Persaingan ekonomi dunia
-           Pencemaran
-           Kenaikan harga barangan
-           Kekurangan tenaga mahir
-           Memantapkan perpaduan kaum
-           Teknologi rendah
-           Kadar pengangguran tinggi
-           Masalah kemiskinan
-           Gejala social
-           Globalisasi
-           (mana – mana yang munasabah (heh…heh..heh))

6.ii) LANGKAH MENGATASI CABARAN
-           Memperkukuhkan perpaduan rakyat
-           Meneroka teknologi baru
-           Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
-           Memastikan Wawasan 2020 tercapai
-           Konsep 1 Malaysia
-           Meneruskan dasar ekonomi baru
-           Meningkatkan mutu pendidikan
-           Meneroka pasaran baru
-           Menjadikan minda rakyat kelas pertama
-           Menjadi pusat kecemerlangan ilmu
-           (mana – mana yang munasabah (heh…heh..heh))

7. NILAI MURNI/IKTIBAR/PATRIOTISME
-           Berdikari
-           Memanfaatkan kurniaan tuhan
-           Tidak putus asa
-           Rajin berusaha
-           Berani menghadapi cabaran
-           Bercita – cita tinggi
-           Bersifat inovatif dan kreatif
-           Bersikap toleransi
-           Sedia menerima perubahan
-           Memelihara perpaduan
-           Mementingkan ilmu pengetahuan
-           Mengekalkan keamanan
-           Mencipta sesuatu yang baru
-           Memelihara tradisi
-           (mana – mana yang munasabah (heh…heh..heh))

8. RUMUSAN
-           Pengetahuan yang diperolehi
-           Kecemerlangan diri, bangsa dan Negara
-           Harapan masa depan ekonomi Malaysia yang cemerlang

Sayang awak . Datang Lagi ♥