Hye . Welcome to my blog . Hope you enjoy reading it and do Follow . Thank You ♥

Sunday, December 4, 2011


Seperti yang semua sedia maklum , result PMR 2011 is just around the corner . Tak sampai sebulan pon result akan keluar dekat sekolah masing masing . Mesti semua calon PMR tengah berdebar debar kan . Ya Allah kita pon sama . Takut sangat manalah tau kalau tak dapat capai apa yang kita impikan ? Tak dapat rasanya nak bayangkan sbb Ya Allah entahlah . Tak terkata . Time tuh mesti parents pon sedih kan ? Tapi harap harap janganlah berlaku . Amin . Siapa yang dah berpengalaman boleh lah cakap "PMR tuhh senang" , "boleh buat" , "mesti boleh" tapi kiteorang yg baru pertama kali duduk exam besar nie mestilah rasa takut gilaa .

Sebelom result keluar korang banyak banyakkanlah berdoa pada Allah , buat solat hajat tiap tiap malam . Baca Ya Latif supaya hati korang boleh jadi tenang nanti bila nak ambik result . Doakan jugak supaya Allah lembutkan hati pemeriksa tuh supaya diaorang terima jawapan korang . Apa yg korang bagi isi tuh semoga cukup , semoga mereka terima . Dan semoga takdelah berlaku apa apa perkara yg tak diingini , mcm tulisan hilang ke , kertas terkoyak ke . Janganlah Simpang malaikat 44 .

Kita doakan semua orang berjaya dan dapat apa yg diimpikan . Tapi nanti kalau dah berjaya nanti , jangan lupa diri pulah eh ? Jgn sombong . Terma Kasih dekat Allah sbb bagi peluang merasa dapat 8A dgn 9A . InsyaAllah . Lpas tuhh boleh truskan focus untuk Form 4 pulak . Tapi ingat hekhekhek Form 4 bukan masa honeymoon tau . Nanti menyesal tak sudah . Kalau difikir fikir balik , rasa mcm sekejap je dah Form 4 . Pejam celik pejam celik dah 3 tahun dah jadi lower Form . Lpas ni jadi upper form pulak . Tapi kira mcm junior jugak lah kan ? Hewhew *ketuk dagu*

Last but not least , ceh mcm ayat karangan pulok dah haihh . Kita nak ucapkan Goodluck and may success smpai result keluar nanti . Apa apa pon result korang , korang still dah berjaya tamatkan peperiksaan korang dan korang dah pon buat yg terbaik . The bestt . Hmm sebelum tuh nak ucap jugak terima kasih dekat cikgu cikgu yang tak jemu mengajar kiteorang even kiteorang tau kadang kadang loyar buruk dgn cikgu , tapi kalau takde benda tuh semua cikgu takdelah kenangan kiteorang dgn cikgu . Terima Kasih cikgu :D PMR's candidate 2011 Awesome . Saranghae

Ya Allah , kau berikanlah keajaiban kepada semua calon PMR 2011 supaya mereka mendapat kejayaan yang cemerlang . Lembutkan lah hati pemeriksa supaya terima jawapan kami Ya Allah dan semoga tiada apa apa kesalahan yang berlaku ke atas kertas dan juga keputusan kami . Ya Allah Makbulkanlah doa kami kerana sesungguhnyaa Hambamu ini semua hanya meminta pertolongan darpadamu Ya Allah . Amin Ya Rabbal Alamin
Assalamualaikum :*





Sayang awak . Datang Lagi ♥